Al-Karim

Al-quran nur Karim yang selalu kita baca KEBANYAKAN kalinya hanya pada kita kecil, renung2kan lah. Dapatkan software tafsir Al-Quran disini secara PERCUMA...

Majlis Gabungan Bersatu

Assalamualaikum///kepada Ayahanda2, Kekanda2, Abglong2 serta Kak Long, Abg2kaw, dan Jemaah yg saya hormati.Majlis Gabungan Bersatu merupakan satu majlis bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli terang dan gelap dimalaysia..kami berharap dengan adanya majlis ini kita sama2 dapat lupakanlah sengkata lama dan cuba tingkatkan martabat bangsa serta perjuangkanlah apa yang telah kita sama2 janjikan.

Jihad

Sedikit pengenalan dan pendedahan mengenai Jihad yang sebenar di dalam islam, di harap pembaca menghayati erti sebenar jihad tersebut, wallahua'lam.

Wednesday, September 29, 2010

Stiker Kereta untuk tempahan

Posted by fariz tiger at 6:41 AM 1 comments
Edisi Pertama

Edisi kedua
Contoh-contoh sticker kereta untuk tempahan:












Sunday, September 26, 2010

Rukyah rawatan islam

Posted by fariz tiger at 9:05 AM 0 comments
Semasa saya bercuti raya baru-baru ini, saya tertengok satu siaran televisyen dimana menerangkan sedikit sebanyak tentang amalan perawatan islam yang di gelar rukyah, rukyah ini adalah suatu rawatan yang di guna pakai sejak zaman nabi Muhammad SAW lagi, mari kita mengenali sedikit sebanyak tentang rukyah dan cara perawatanya.
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Posted by fariz tiger at 8:55 AM 0 comments
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-


Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa.


Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.


Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.



JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG 
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG 
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
 Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG 
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
 Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA Saka adalah jin warisan daripada keturunan sebelumnya kepada generasi yang akan datang. Ia boleh jadi berada diluar atau didalam badan. Amat merbahaya jika saka ini menjadi darah daging kepada empunya badan. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT


( 1 )Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan "khadam", dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-

Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.

Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.

Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma 

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu "berkhidmat" untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 ) Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.

Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-

Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.

Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai "panggilan" atau "pemujaan". Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama "HANTU RAYA" adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur'an.

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada "Bulu Hidung Nabi Adam". Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( An-Nisa ayat 38 )

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.




Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir

Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.

Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.

Melalui pertapaan - tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

Meniru tanpa berguru; samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.


Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :-

Pemujaan Kubur Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.



Cara Menghadapi Jin

Posted by fariz tiger at 8:53 AM 0 comments

CARA MENGHADAPI JIN YANG BERAGAMA ISLAM
 Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.

Bila penyebab maksuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

CARA MENGHADAPI JIN KAFIR
Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.

Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin.....

PERHATIAN !!! DENGAN KELAKUAN JIN 
Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.

Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.

Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya."

Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.

Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : (Al-Maidah: 72)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam".

Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)

Maksud:-
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.

Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.

Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.

Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.

Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.

Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

PERBUATAN HARAM KETIKA MENGHALAU JIN 
Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.

Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.

Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.

Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.

Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara - Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.

Menyeksa dan membunuh jin pengganggu

Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya.....Insya' Allah.

Amalan manzil

Posted by fariz tiger at 8:34 AM 0 comments
Antara Fadilat/Kelebihan Manzil


1. Mengelak/menyembuhkan penyakit akibat gangguan sihir, jin, syaitan dan seumpamanya.
2. Melindungi pengamal dan keluarganya daripada bahaya syaitan, jin, polong (gangguan makhluk halus), pencuri (melindungi harta benda), binatang buas (melindungi tanaman/ternakan) dan lain-lain.

Walaupun begitu setiap individu yang mengamalkan manzil ini kesannya tidak semestinya sama diantara satu sama lain.
Semuanya Dengan Izin Allah!

Ayat-Ayat Al Quran Dalam Manzil
1. Fatihah
2. Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
3. Ali-Imran - ayat 18, 26-27
4. Al-A'raf - ayat 54-46
5. Al-Isra' - ayat 110-111
6. Al-Mukminun - ayat 115-118
7. As-Soffat - ayat 1-11
8. Ar-Rahman - ayat 33-40
9. Al-Hasyar - ayat 21-24
10. Al-Jin - ayat 1-4
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. Al-Anas 

Kelebihan Zulhijjah

Posted by fariz tiger at 8:32 AM 0 comments
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.
Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanyatahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.
Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
Kedua Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya –terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).
Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Untuk Mengetahui Kehadiran Jin

Posted by fariz tiger at 8:26 AM 0 comments
Untuk mengetahui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :
-Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
 -Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
-Meronta-ronta dengan kuat.
-Memekik atau menjerit.
-Menyebut namanya. 

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :
-Siapa namamu?
-Apakah Agamamu?
-Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
-Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
-Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?
boogieman.jpg

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

-Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
-Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
-Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
-Mimpi yang sangat menyeramkan.
-Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
-Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
-Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
-Berperasaan sedih pada saat tidur.
-Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
-Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
-Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
-Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
-Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

-Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
-Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
-Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
-Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

GANGGUAN JIN

-Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
-Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
-Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
-Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

-Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
-Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
-Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan :  Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA 
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA. 

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN. 
Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
-Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
-Terjumpa sesuatu di atas tanah.
-Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
-Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
-Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
-Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
-Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
-Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya.

-Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
-Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
-Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
-Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Amalan zikir jadikan jiwa tenang, selamat

Posted by fariz tiger at 8:25 AM 1 comments
MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.
Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.
Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.
Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.
Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)
Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya. Ketenangan hati orang yang beriman hasil daripada zikrullah itu adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman. Ia tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya. Bahkan, ia sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga ia berasa tenang dan sejahtera dengannya.
Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat di dunia ini. Pada hal apa yang ada di sekelilingnya adalah kawannya kerana semua ciptaan Allah dan di bawah jagaan-Nya belaka. Tidak ada orang yang paling menderita di dunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdampingan dengan Allah.
Orang yang mengingati Allah di dunia ini memperolehi ketenangan jiwa, sementara di akhirat pula mendapat keampunan dan ganjaran yang besar. Firman Allah bermaksud: “… dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)
Rasulullah SAW adalah pimpinan dan model bagi orang yang berzikir. Baginda menyebut nama Allah pada setiap saat – ketika makan dan selesai daripadanya. Ketika minum atau sehabisnya. Ketika memakai pakaian dan menanggalnya, ketika masuk rumah dan keluar daripadanya, ketika hendak tidur atau bangun daripadanya.
Demikian juga ketika keluar untuk musafir atau baliknya, ketika menunggang kenderaan atau ketika memasuki sesebuah kampung. Begitulah ketika menziarahi kubur, ketika kemarau dan solat minta hujan, ketika angin bertiup kencang, ketika hujan lebat atau banjir.
Ringkasnya tidak berlaku sebarang keadaan atau kejadian melainkan hatinya sentiasa ingatkan Allah dan sekaligus lidahnya akan menyebut nama Allah dalam erti kata zikir kepada-Nya.
Dengan mengingati Allah akan tersedar hati orang yang beriman terutama ketika syaitan menjerumuskannya kepada dosa sehingga melakukannya, dia tidak biarkan dalam keadaan demikian.
Dia akan mengingati bahawa dia ada Tuhan yang sedia memberi keampunan dan menerima taubat, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.”(Surah Ali Imran, ayat 135].
Ingatkan Allah akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. Alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir malam yang sunyi sepi.
Apabila kita ingatkan Allah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi, semoga Allah mengampunkan segala dosa kesalahannya. Ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis:”… seorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu mengalir air matanya ….”
Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Saturday, September 25, 2010

Senarai ahli majlis yang berdaftar setakat ini.

Posted by fariz tiger at 9:46 PM 2 comments
  1. 8/28/2010 15:38:28 armizi bin samijan MGB-10-0021
  2. 8/28/2010 15:44:21 muhammad zulfadhli bin mohd isa MGB-10-0022
  3. 8/28/2010 16:06:08 Mohd Khairil Azzuan Bin Azizan MGB-10-0023
  4. 8/28/2010 22:52:18 Mohd Firdaus Bin Esa MGB-10-0024
  5. 8/28/2010 23:20:37 Muhammad Khusyairi Bin Roslan MGB-10-0025
  6. 8/28/2010 23:23:30 Mohd Hazim Bin Haris MGB-10-0026
  7. 8/29/2010 2:05:29 mazlan itah MGB-10-0027
  8. 8/29/2010 2:05:31 MOHD ZULHILMI BIN ABDUL WAHID MGB-10-0028
  9. 8/29/2010 2:08:33 Mohd Yusuff MGB-10-0029
  10. 8/29/2010 2:31:02 Ahmad Syahmi Bin Ahmad Shihab MGB-10-0030
  11. 8/29/2010 2:33:14 Ibrahim Mohd Idris MGB-10-0031
  12. 8/29/2010 3:58:56 ahmad sadam bin salim MGB-10-0032
  13. 8/29/2010 7:16:19 shahrul nizam bin murad MGB-10-0033
  14. 8/29/2010 7:28:32 mohd hafiz bin omar MGB-10-0034
  15. 8/29/2010 13:30:19 Mazlan Bin Abdul Manan MGB-10-0035
  16. 8/29/2010 14:05:35 mohd fahmi bin kamarulzaman MGB-10-0036
  17. 8/29/2010 19:14:40 MUHAMMAD NAIM BIN MUSTAFA MGB-10-0037
  18. 8/30/2010 4:12:16 muhammad shukri bin razali MGB-10-0038
  19. 8/29/2010 23:19:26 jefri othman MGB-10-0039
  20. 8/30/2010 17:19:18 Shah Jehan Bin Mohamed Yatim MGB-10-0040
  21. 9/1/2010 0:37:56 FARRIS ISKANDAR BIN ROSLAN MGB-10-0041
  22. 9/1/2010 13:32:17 LOKMAN HAKIM BIN MOHD MGB-10-0042
  23. 9/1/2010 17:48:36 Mohd.Azreen Aman B. Printis MGB-10-0043
  24. 9/2/2010 7:52:48 Ahmad Aiman Bin Ismail MGB-10-0044
  25. 9/2/2010 22:39:01 wan muhammad safwan bin wan shariff MGB-10-0045
  26. 9/2/2010 23:40:29 mohamad aziizir bin mohamed MGB-10-0046
  27. 9/3/2010 1:34:55 Amsyar Harizal Bin Bahari MGB-10-0047
  28. 9/3/2010 1:56:31 Mohd Irwan Bin Mazlan MGB-10-0048
  29. 9/3/2010 6:50:30 Mohammad Najib MGB-10-0049
  30. 9/3/2010 10:09:35 MUHAMAD ZUL AZMI BIN ZAHARI MGB-10-0050
  31. 9/3/2010 11:07:15 Muhamad Zhafir Bin Mohd Nasir MGB-10-0051
  32. 9/3/2010 18:10:03 suhaimi bin suliman MGB-10-0052
  33. 9/3/2010 23:56:52 hakimuddin bin ariffin MGB-10-0053
  34. 9/3/2010 23:59:36 nazirul mubin b mohd hazizi MGB-10-0054
  35. 9/4/2010 15:36:21 KHAIRUL QAYYUM BIN ROHAZLI MGB-10-0055
  36. 9/4/2010 18:30:30 atikul hakim bin mohd saufi MGB-10-0056
  37. 9/4/2010 21:29:41 Mohd Danial Bin Mohd Nasib MGB-10-0057
  38. 9/4/2010 22:23:33 Abdul Hamid B. Apdal MGB-10-0058
  39. 9/5/2010 2:37:25 Syed Muhammad Fakhri Bin Syed Hussein MGB-10-0059
  40. 9/6/2010 7:30:04 Muhammad Anas Bin Mohd Aris MGB-10-0060
  41. 9/6/2010 16:02:34 Mohamad Syafiq bin M.Mokhtar MGB-10-0061
  42. 9/6/2010 23:50:10 Mohd Haskhorril Bin Che Rus MGB-10-0062
  43. 9/7/2010 8:00:58 Muhamad Fazlil Bin Che Rus MGB-10-0063
  44. 9/10/2010 11:49:48 mohd izham bin ariffin MGB-10-0064
  45. 9/10/2010 11:49:48 mohd ariff syazuan bin mohd ridzuan MGB-10-0065
  46. 9/10/2010 22:45:30 Ahmad Nur Faisal Bin Aziz MGB-10-0066
  47. 9/11/2010 2:22:46 Mohd Ashraf Bin Abdul Hadi MGB-10-0067
  48. 9/13/2010 19:11:54 Ahmad Syarifudin Bin Samsudin MGB-10-0068
  49. 9/15/2010 18:59:44 mohamad zulfekri bin mahmod MGB-10-0069
  50. 9/16/2010 0:15:46 Muhd Shahrul Ibrahim Bin Md Rashid MGB-10-0070
  51. 9/16/2010 1:46:19 MUHAMMAD HELMI BIN ABDUL MAJID MGB-10-0071
  52. 9/17/2010 17:31:01 Akmal Hafiiz b. Abd Rani MGB-10-0072
  53. 9/17/2010 22:32:39 Faizal Ibrahim MGB-10-0073
  54. 9/18/2010 20:09:13 muhamad ikhwan nazrin MGB-10-0074
  55. 9/20/2010 0:37:54 Jeffrey jasmin MGB-10-0075
  56. 9/21/2010 12:44:18 MUHAMMAD ASYRAF BIN ULOL AZMI MGB-10-0076
  57. 9/22/2010 13:26:14 NOR ADELAH YAHYA MGB-10-0077
  58. 9/22/2010 23:18:02 Mohd Hamizan Bin Ismail MGB-10-0078
  59. 9/23/2010 10:09:46 mohd haikal MGB-10-0079
  60. 9/23/2010 10:14:59 muhamad faisal bin zulkiflee MGB-10-0080
  61. 9/23/2010 10:17:21 muhammad azrul bin abdul aziz MGB-10-0081
  62. 9/23/2010 10:25:23 muhammad amyrun bin abd malik MGB-10-0082
  63. 9/25/2010 13:49:26 mohd nur halim bin azman MGB-10-0083
  64. 9/27/2010 10:38:23 MUHAMMAD AMIRUL HAZREEN BIN ZAINAL MGB-10-0084
  65. 9/26/2010 17:20:28 Muhammad Haiqal Bin Asmadi MGB-10-0085
  66. 9/26/2010 19:00:13 muhammad haziq bin asmadi MGB-10-0086
  67. 9/26/2010 22:00:51 Mohd Izwan Shah Bin Ismail MGB-10-0087
  68. 9/26/2010 22:46:01 mohd hafiz bin jamalludin MGB-10-0088
  69. 9/27/2010 0:22:47 NOORAMIRUL AMIN BIN AMINUDDIN MGB-10-0089
  70. 9/27/2010 12:36:55 ISMAIL ABDULLAH MGB-10-0090
  71. 9/28/2010 12:02:23 SHAHRUL NIZAM B. MOHAMAD NOOR MGB-10-0091
  72. 9/29/2010 1:11:42 muhd rasywan taufiq bin ahmad kamal MGB-10-0092
  73. 9/29/2010 19:22:56 Muhammad Afi Alif Bin Dahlan MGB-10-0093
  74. 9/29/2010 19:46:33 WAN MOHD SAIFULLAH BIN WAN MOHD SHAKERI MGB-10-0094
  75. 9/30/2010 5:29:51 Muhammad.Aizuddin B. Jalil MGB-10-0095
  76. 9/30/2010 13:43:08 burhanuddin MGB-10-0096
  77. 9/30/2010 21:39:45 MOHAMAD ZAMRE BIN MOSA MGB-10-0097
  78. 9/30/2010 22:25:43 Aafiv Alhaq MGB-10-0098
  79. 10/1/2010 11:48:24 rohaizal bin tukimin MGB-10-0099
  80. 10/3/2010 8:31:20 NOOR MUHAMMAD IEZRIE BIN ISMAIL MGB-10-0100
  81. 10/3/2010 9:53:37 SALEHHUDIN BIN DOLLAH MGB-10-0101
  82. 10/3/2010 10:35:37 MUHAMMAD FITRI BIN ZAINUDIN MGB-10-0102
  83. 10/4/2010 0:23:19 mohd hafiz bin jamalludin MGB-10-0103
  84. 10/4/2010 8:48:19 mohd abdullah mohd yusof MGB-10-0104
  85. 10/4/2010 14:47:48 muhammad hakam bin ahmad MGB-10-0105
  86. 10/4/2010 14:55:55 muhammad nazirul azizi bin khamis MGB-10-0106
  87. 10/4/2010 16:02:47 amirul hakim bin zolkepeli MGB-10-0107
  88. 10/4/2010 23:44:59 Raja Shahril Raja Ideris MGB-10-0108
  89. 10/5/2010 12:48:36 shahrul nizam bin murad MGB-10-0109
  90. 10/5/2010 12:54:53 mohd amirul faiz b hamid MGB-10-0110
  91. 10/5/2010 13:34:10 hairifadzli bin manaf MGB-10-0111
  92. 10/5/2010 13:57:03 Mohamad Fahmi Bin Md Ali MGB-10-0112
  93. 10/5/2010 14:07:48 muhammad ashriff bin mat aini MGB-10-0113
  94. 10/5/2010 15:10:19 Muhammad.Aizuddin B. Jalil MGB-10-0114
  95. 10/5/2010 16:03:17 amirul rahim bin rosli MGB-10-0115
  96. 10/5/2010 16:14:25 muhammad ridzzuan bin zamri MGB-10-0116
  97. 10/5/2010 16:42:41 NOORAMIRUL AMIN BIN AMINUDDIN MGB-10-0117
  98. 10/5/2010 18:30:49 zulfadhli MGB-10-0118
  99. 10/5/2010 19:17:40 muhammad firdaus bin zaleik MGB-10-0119
  100. 10/5/2010 20:49:39 john tiger MGB-10-0120
  101. 10/5/2010 21:08:46 MUHAMMAD HUSNI B. JOHANARIFFIN MGB-10-0121
  102. 10/5/2010 23:01:27 mohammad shahrie MGB-10-0122
  103. 10/6/2010 0:18:26 muhamad haikal b abd rahman MGB-10-0123
  104. 10/6/2010 0:48:05 muhamad zuhri bin noorhan MGB-10-0124
  105. 10/6/2010 9:50:10 ISLAN BIN ISA MGB-10-0125
  106. 10/6/2010 14:15:19 Mohd zairi bin masehuri MGB-10-0126
  107. 10/6/2010 15:32:48 mohd nor azhar bin mohd isa(along Lekir) MGB-10-0127
  108. 10/6/2010 19:50:55 syed muhammad nahri bin syed hussein MGB-10-0128
  109. 10/6/2010 22:11:54 Mohaamad Zubir Bin Mustafar Kamar MGB-10-0129
  110. 10/7/2010 18:25:57 nabil bin ramli MGB-10-0130
  111. 10/7/2010 22:33:35 Muhammad Amir bin Tajul MGB-10-0131
  112. 10/7/2010 23:26:02 mohd safuwan bin azlan MGB-10-0132
  113. 10/8/2010 1:03:52 saripudin b tahan MGB-10-0133
  114. 10/8/2010 2:16:50 AbdulHalim Bin Saifullah MGB-10-0134
  115. 10/8/2010 3:16:10 Azsayfiq Edil Bin Zulkifly MGB-10-0135
  116. 10/8/2010 13:09:39 saiful asyraff bin shahmi MGB-10-0136
  117. 10/8/2010 14:04:50 fareez shauqi bin mohd sah MGB-10-0137
  118. 10/8/2010 14:29:56 Izzudin Zulkiflee MGB-10-0138
  119. 10/8/2010 21:10:26 muhammad irfan b. Jaafar MGB-10-0139
  120. 10/8/2010 23:12:16 mohd azhar ismail MGB-10-0140
  121. 10/9/2010 4:11:06 ezam syairi amri bin zamri MGB-10-0141
  122. 10/9/2010 5:03:36 MOHAMAD RAKHIMIE BIN RAMLI MGB-10-0142
  123. 10/9/2010 10:00:18 Roszi Zaidh bin Hashim MGB-10-0143
  124. 10/9/2010 21:05:41 MOHAMMAD AMEER LUQMAN BIN MOHD FOUAD MGB-10-0144
  125. 10/10/2010 1:09:34 MOHD AZMAN BIN ABDUL NESDAR MGB-10-0145
  126. 10/10/2010 3:22:51 ******************************* MGB-10-0146
  127. 10/10/2010 6:04:21 Mohamad Haikal Bin Abd Azize MGB-10-0147
  128. 10/10/2010 11:04:02 mohamad zulkifli b syahril MGB-10-0148
  129. 10/10/2010 11:15:14 muhammad shafrizal MGB-10-0149
  130. 10/10/2010 12:54:14 Mohd Bakri Zaman Bin Yusuf MGB-10-0150
  131. 10/10/2010 12:54:22 Mohamad Akhir Bin Shuib MGB-10-0151
  132. 10/10/2010 18:32:39 M0hammad nizam bin md hassan MGB-10-0152
  133. 10/10/2010 19:58:21 Nur Amerul Bin Amran MGB-10-0153
  134. 10/10/2010 21:30:11 ammar bin musa MGB-10-0154
  135. 10/10/2010 18:49:57 Mohammad Kholish Bin Ismail MGB-10-0155
  136. 10/10/2010 22:50:07 Mohamad Fuad MGB-10-0156
  137. 10/11/2010 8:51:19 Mohd Azim Bin Zainol Abidin MGB-10-0157
  138. 10/11/2010 10:00:02 syafiq-al-fazrin.bin.ani MGB-10-0158
  139. 10/11/2010 10:07:32 NurHamizan Fariq bin Idris MGB-10-0159
  140. 10/11/2010 16:19:07 Amer Quade Zulhelme Bin Mohd Toha MGB-10-0160
  141. 10/11/2010 22:00:51 Mohd Miethall Mohd Mazalan MGB-10-0161
  142. 10/12/2010 11:44:36 akash jafni bin jefri MGB-10-0162
  143. 10/12/2010 12:31:50 MUHAMMAD SHAFIQ BIN SULAIMAN MGB-10-0163
  144. 10/13/2010 2:12:22 MUHAMMAD HELMI BIN ABDUL KADIR MGB-10-0164
  145. 10/13/2010 9:04:10 shafrin abdul rahim MGB-10-0165
  146. 10/13/2010 16:49:43 azman bin muhamad MGB-10-0166
  147. 10/15/2010 14:03:06 shafrin abdul rahim MGB-10-0167
  148. 10/15/2010 18:18:45 Mohamad Riezalruddin Roshidi MGB-10-0168
  149. 10/16/2010 0:25:57 MOHD KHAIRUL FAZLI BIN ROHANI MGB-10-0169
  150. 10/17/2010 11:28:22 muhammad amirul hakim b. asri MGB-10-0170
  151. 10/17/2010 14:57:55 Mohamad Zarith Ikram Bin Ros Aluwi MGB-10-0171
  152. 10/18/2010 14:40:22 Muhammad Amir Shafiq bin Shaharuddin MGB-10-0172
  153. 10/18/2010 17:58:15 MOHD FAIZAN TAIP MGB-10-0173
  154. 10/19/2010 11:58:19 muhammad ihsan sabri bin ahmad jailani MGB-10-0174
  155. 10/20/2010 12:28:06 Luqmanul Hakim B Hj Ramli MGB-10-0175
  156. 10/21/2010 4:51:58 MUHAMMAD RAZMI BIN MOHD HALILI MGB-10-0176
  157. 10/21/2010 16:51:49 Muhammad Aliff Azizi bin Zulkifli MGB-10-0177
  158. 10/21/2010 22:39:50 mohd syukri bin mohd shah MGB-10-0178
  159. 10/22/2010 13:50:03 Aizzat Bin Johari MGB-10-0179
  160. 10/22/2010 17:04:50 MUHAMMAD IQBAL ASRY BIN JUMA'AT MGB-10-0180
  161. 10/22/2010 17:46:28 mohd. faizzuddin bin mohd. yusoff MGB-10-0181
  162. 10/22/2010 22:19:36 nurul azienah binti mohd zah MGB-10-0182
  163. 10/23/2010 0:02:43 mohd amir bin adam MGB-10-0183
  164. 10/23/2010 0:17:15 nor muhammad syafiq b nor azman MGB-10-0184
  165. 10/23/2010 21:38:54 Mohd Asyrafuddin bin hasmat MGB-10-0185
  166. 10/23/2010 23:04:10 Luqman haakim bin jasmin MGB-10-0186
  167. 10/24/2010 0:12:09 mohd syukri bin mohd shah MGB-10-0187
  168. 10/24/2010 3:13:24 Hishamsull Bin Abdul Wahab MGB-10-0188
  169. 10/24/2010 15:40:49 MAT HUSSAIN ABDULLAH MGB-10-0189
  170. 10/24/2010 18:12:49 mohd khairul azhar bin muhammad nur MGB-10-0190
  171. 10/25/2010 16:41:20 syed rajulul asraf bin abd. razak MGB-10-0191
  172. 10/26/2010 10:44:33 muhamad amir bin mamat MGB-10-0192
  173. 10/27/2010 15:53:08 HUSSEIN TENDOT BIN ABDULLAH MGB-10-0193
  174. 10/28/2010 1:41:40 Aidi Shahril Bin Aidi Sa'adi MGB-10-0194
  175. 10/28/2010 9:12:37 MOHAMMAD EFFENDI BIN ARIS MGB-10-0195
  176. 10/28/2010 15:18:34 Hazizi Ikhwan Bin Datuk Hj Zamaat MGB-10-0196
  177. 10/31/2010 1:20:09 MOHAMAD HAZWAN BIN CHE ZARIMAN MGB-10-0197
  178. 10/31/2010 11:55:46 mohd azrai bin shaharuddin MGB-10-0198
  179. 11/1/2010 10:40:16 mohd khairul azhar bin muhammad nur MGB-10-0199
  180. 11/1/2010 14:32:11 Mohd Afandy Shah MGB-10-0200
  181. 11/3/2010 0:20:23 shariff bin iahra MGB-10-0201
  182. 11/3/2010 0:50:15 Mohammad Hafiz Bin Nawi MGB-10-0202
  183. 11/4/2010 0:24:18 luqman haakim bin jasmin MGB-10-0203
 

Majlis Gabungan Bersatu Malaysia Copyright 2011 MG Bersatu Designed by Fariz Tiger Image by Afat's Notez Distributed by A*F*T