Al-Karim

Al-quran nur Karim yang selalu kita baca KEBANYAKAN kalinya hanya pada kita kecil, renung2kan lah. Dapatkan software tafsir Al-Quran disini secara PERCUMA...

Majlis Gabungan Bersatu

Assalamualaikum///kepada Ayahanda2, Kekanda2, Abglong2 serta Kak Long, Abg2kaw, dan Jemaah yg saya hormati.Majlis Gabungan Bersatu merupakan satu majlis bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli terang dan gelap dimalaysia..kami berharap dengan adanya majlis ini kita sama2 dapat lupakanlah sengkata lama dan cuba tingkatkan martabat bangsa serta perjuangkanlah apa yang telah kita sama2 janjikan.

Jihad

Sedikit pengenalan dan pendedahan mengenai Jihad yang sebenar di dalam islam, di harap pembaca menghayati erti sebenar jihad tersebut, wallahua'lam.

Thursday, October 6, 2011

Penerangan Jihad

Posted by fariz tiger at 7:52 PM 1 comments
JIHAD MENURUT AL-QURAN
PENGERTIAN 

perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan
mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan. Kecuali At-
Taubah semua surah bermula dengan Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani).

Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh
makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang
sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir
dan pengamanah di muka bumi).
Antara maksud Islam ialah penyerahan dengan seluruh jiwa raga kepada
Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah, orang Islam menampilkan suasana damai
dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.
Allah memerintah Muslim mengerjakan amar maaruf nahi munkar
(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah
kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka
Islam menampilkan konsep 'jihad'.
Jihad berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan
sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).
Dalam Al-Quran, pengertian jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga
batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat.
Jadi, bagaimanakah jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di
dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.
[Kekata jihad diulang 30 kali dalam Al-Quran. Ia berasal dari kata dasar
juhd atau jahd. Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd
(jahada) bermakna kesungguhan dalam bekerja. Tetapi, kata al-jihad (jihad) dari
Al-Quran itu berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam
menurut masa dan ruang.

Menurut Imam Ragib Al-Isfahani, (ahli bahasa Al-Quran) kata jihad dalam
Al-Quran mempunyai 3 erti iaitu, 
(1) berjuang melawan musuh nyata,
(2)berjuang melawan setan dan 
(3) berjuang melawan nafsu. 

Pengertian jihad yang
dikemukakan Imam Ragib Al-Isfahani itu dapat dikatakan sama dengan yang
dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah (ulama besar Hambali).
Dalam bukunya, Zad al-Ma’ad, Ibnu Qayim al-Jauziah menyebutkan,
bahawa jihad terdiri dari empat martabat, iaitu 
(1) jihad terhadap nafsu; 
(2) jihad terhadap syaitan; 
(3) jihad terhadap orang kafir; 
(4) jihad terhadap orang munafik.

Berdasarkan pendapat Imam Ragib al-Isfahani dan Ibnu Qayyim al-Jauziah
ini sesuai dengan pengertian bahasa sendiri, jihad diertikan sebagai
“menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha atau kekuatan untuk
melawan suatu objek yang tercela yang boleh mengancam ketenteraman hidup
damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT.''
“Perang” hanyalah salah satu dari beberapa pengertian jihad. Kekata yang
ada kaitan dengannya ialah qital yang disambungkan dengan frasa atau kalimat
fi sabilillah iaitu di jalan Allah. 

Hal ini menunjukkan bahawa tujuan perang di
dalam Islam semata-mata untuk meninggikan kalimat Allah SWT, tidak boleh
untuk tujuan lainnya. Kedua-dua kata di atas (al-jihad dan al-qital) yang diiringi
oleh anak kalimat fi sabillillah tercantum dalam Al-Quran sebanyak 50 kali.

Adapun kata al-harb (perang) disebut 4 kali dalam Al-Quran. Ia merujuk
perang atas latar belakang peribadi atau kaum dengan bertujuan mencari
keuntungan, bukan atas dasar meninggikan agama Allah SWT.]1

Telah tercatit di dalam Al-Quran:
وَجَاهِدُوا ِ فى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ
“Berjihad di (jalan) Allah dengan jihad sebenar-benarnya....” 2
1 Petikan dari ‘Ensiklopedia Hukum Islam – Perang’ ms 1395 oleh Dahlan, Abdul Azis.
2 Surah Al-Hajj:78
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JENIS JIHAD
Jihad itu terbahagi kepada dua:
• Asghar (kecil), dan
• Akbar

Jihad di medan perang (al-qital) sebenarnya merupakan perjuangan kecil
(Asghar). Al-Quran menetapkan bahawa perang bela diri hanya boleh
diisytiharkan oleh pemerintah dan bukan perseorangan. Inilah yang berlaku
ketika Nabi sudah berada di Madinah dan menubuhkan sebuah pemerintahan di
sana. Dalam zaman Nabi saw, perang bela diri tadi telah dilakukan ke atas
golongan kafir dan munafik yang dengan nyata memusuhi umat Islam.
Tetapi jihad lebih besar bukanlah perang. Hal ini bersesuaian dengan
maksud sabda Rasulullah saw ketika Baginda baru saja kembali dari Perang
Badr dan diriwayatkan oleh banyak kitab hadis:
“Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar,
iaitu jihad melawan hawa nafsu.”

Jihad melawan hawa nafsu (jihad-un-nafs) merupakan perjuangan besar
setiap Muslim. Nabi Muhammad diutuskan Allah ke bumi sebagai 'rahmat
seluruh alam' dan tujuan Baginda tidak lain ialah menyempurnakan akhlak
manusia. Oleh itu, jihad besar ialah membetulkan diri sendiri dengan akhlak
terpuji dan menjauhi perbuatan cela.

• Jihad Nafsu
Jihad nafsu ini amat luas sekali -- merangkumi pelbagai aspek hidup
harian. Apakah itu nafsu?
[Nafsu terbahagi tiga iaitu sifat syahwat, marah dan khayalan. Berjihad
terhadap nafsu bermakna menggunakan kuasa ‘akal' untuk mengawal
syahwat (bermaksud 'kecenderungan' yang lazimnya dikaitkan dengan minat
sehinggalah seks), marah dan khayalan (imaginasi atau cita-cita). Untuk
membolehkan akal dapat mengawal ketiga-tiganya, maka seorang Muslim
perlu gigih berjuang dalam medan ilmu -- menimba ilmu agama dan
kehidupan. Itulah sebabnya, wahyu pertama berbunyi 'Iqra' (Al-Alaq: 1)
yang bermaksud 'bacalah'.


Tekad mencari ilmu merupakan alah sifat unggul untuk mencapai
kejayaan dalam peperangan jihad nafsu. Jihad mengawal nafsu menuntut
kesabaran kerana setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan.

Tetapi di sebalik kesulitan akan datang kesenangan sebagaimana tercatat
dalam surah Al-Insyirah iaitu :
َفِإنَّ مَعَ اْلعُسِْر يُسْرًا ِإنَّ مَعَ اْلعُسِْر يُسْرًا.
Maka sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan5.


• Jihad Menentang Godaan Syaitan
Syaitan (Thagut) disebut dalam Al-Quran sebagai lambang punca
kejahatan yang ditimpakan atau diduga ke atas kemanusiaan. Musuh utama
dan nyata kepada manusia ialah Iblis (Syaitan). Al-Quran menyatakan
bahawa Allah SWT memerintah para malaikat dan Iblis menyembah Adam
as sebagai tanda hormat. Namun, Iblis ingkar oleh rasa takbur yang ia lebih
mulia kerana dicipta daripada api sedangkan Adam as daripada tanah.
Menurut Ibnu Katsir, asalnya Iblis dikenali sebagai Azazil, pemimpin jin
yang telah lama beribadah sehingga darjatnya dinaikkan setaraf dengan para
malaikat. Keingkaran Iblis itu telah menimbulkan kemurkaan Allah SWT
dan ia dihalau dari syurga dan dilaknat sehingga Akhirat. Iblis sempat
membuat permintaan terakhir dan diizinkan Allah SWT iaitu menggoda dan
merosakkan Adam as dan zuriatnya (kemanusiaan) sebagaimana terpapar
dalam surah Al-A’raf, ayat 16 hingga 17.
Al-Quran menegaskan bahawa permusuhan Iblis dengan manusia
bermula ketika Adam dan Hawa digoda untuk memakan buah yang dilarang
Allah swt dan akibatnya mereka disingkirkan ke bumi. Kemudian, anak Nabi
Adam, Qabil membunuh saudaranya Habil kerana cemburu. Semuanya
dibayangkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai bencana daripada tipu
muslihat Iblis yang menyelewengkan nafsu mereka.

[Malah peperangan di dunia juga angkara Iblis, tetapi manusia sering
lupa akan hal ini. Perang merebut kuasa, tanah dan perempuan merupakan
antara muslihat Iblis yang memesongkan nafsu manusia. Untuk menguatkan
jiwa daripada nafsu terpesong dan bujukan Iblis, Muslim hendaklah banyak
beribadah dalam erti kata luas -- menunaikan kewajipan fardu, berusaha
(berjihad) dengan cemerlang dan menaburkan amalan baik sesama manusia.]

Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Islam Online Fatwa Committee
apabila ditanya jika jihad itu boleh diertikan sebagai peperangan ilmu dan
untuk mengubah pendapat penentang melalui pendidikan dan kefahaman,
mereka menjawab melalui fatwa yang bertajuk Jihad Nafsu dan Dakwah.
“Jihad mempunyai banyak makna. Satu daripadanya memanglah
melawan dengan cara fizik di medan peperangan dengan musuh,
namun maknanya lebih luas daripada itu. Jihad juga bermakna
perjuangan rohani yang juga dikenali sebagai “Jihad An-Nafs”. Ada
beberapa orang yang menafikan jihad semacam ini kerana beberapa
alasan tertentu, tetapi ianya wujud dan kenyataan ini disebutkan
dalam beberapa hadith sahih.

 Jenis-jenis Jihad yang lainnya ada
tercatit di dalam Al-Quran:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَِإنَّ اللهَ َلمَعَ
الْمُحْسِِنينَ.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..”

Ayat ini telah diturunkan ketika Nabi Muhammad saw masih berada
di Mekkah. Pada waktu itu, tiada jihad-peperangan. Jadi, apakah
maksud ayat ini? Sudah nyata bahawa ayat in tidak bermakna
“perang suci” ataupun “holy war” sebagaimana yang diakui oleh
beberapa orang.

Ada juga ayat yang menerangkan:
َف َ لا تُطِ ِ ع الْ َ كافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ ِبهِ ِ جهَادًا َ كِبيرًا.

“Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut
kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah
Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan
bersungguh-sungguh.”

Sekali lagi, ayat ini merujuk kepada Jihad yang berlainan jenis iaitu
Jihad Da’wah dan menyebarkan ilmu agama. Berjihad dengan Al-
Quran bermakna menyebarkan pesanan dan hidup menerusi
kebenarannya.

Jadi, makna jihad tidak tertakluk kepada satu makna sahaja. Malah
makna jihad yang berlainan inilah yang kita hadapi setiap hari.
Apakah faedah jihad peperangan jika ia dilakukan bukan kerana
Allah swt dan untuk mempertahankan agamaNya? Walaupun
dalam jihad peperangan, seseorang itu harus mempunyai Jihad
dalaman. Mungkinkah kita dapat menjadi seorang yang efektif jika
kita tidak dapat mengawal nafsu sendiri? Kita harus menolong diri
kita sendiri sebelum kita menolong orang lain.
Semoga Allah swt memimbing kita ke jalan yang benar serta
mengampuni segala kelakuan salah kita. Wallahu a’lam”

JIHAD DENGAN HARTA
Jihad dengan harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan
harta itu sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabillillah dan jangan
sekali mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta dengan sifat bakhil
dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu membelanjakan hartanya untuk
berjihad Fi Sabillillah. Al-Quran menyebut berulang kali jihad harta (Al Amwal)
yang menyatakan perintah Allah Taala kepada orang yang beriman supaya
membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. Antaranya firman Allah
swt :

اِنْفِرُوا خَِفافًا وَثِقَا ً لا وَجَاهِدُوا ِبَأمْوَالِ ُ كمْ وََأنْفُسِكُمْ ِ فى
سَِبي ِ ل اللهِ.
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat,
dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.
ِإنَّمَا اْلمُؤْمِنُو َ ن الَّذِينَ ءَامَنُوا ِباللهِ وَرَسُولِهِ ُثمَّ َلمْ يَرْتَابُوا
وَجَاهَدُوا ِبأَمْوَالِِ همْ وََأنْفُسِ ِ همْ ِ فى سَِبي ِ ل اللهِ ُأوَلئِكَ هُمُ
الصَّادُِقو َ ن.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka
itulah orang-orang yang benar.
فَضَّ َ ل اللهُ الْمُجَاهِدِينَ ِبأَمْوَالِِ همْ وََأنْفُسِ ِ همْ عَلىَ الَْقاعِدِينَ
دَرَجًَة.
Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan
jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat.
تُؤْمِنُو َ ن ِباللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُو َ ن ِ فى سَِبي ِ ل اللهِ ِبَأمْوَالِ ُ كمْ
وََأنْفُسِكُمْ َذلِكُمْ خَيْرٌ َل ُ كمْ ِإ ْ ن ُ كنْتُمْ تَعْلَمُو َ ن.
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika
kamu mengetahuinya.

Pengorbanan dalam bentuk harta ini ternyata amat bermakna dalam
perjuangan menegakkan Islam sejak zaman Rasullallah s.a.w. Tanpa harta,
medan jihad akan menjadi lapang dan orang yang telah menawarkan diri untuk
menguasai kekayaan dunia terus menguasai seluruh kehidupan umat manusia
seperti yang terjadi pada masa sekarang; umat manusia dibelenggu kemiskinan,
mundur dan menderita. Jihad dengan harta akan dapat:

1. Membangun diri manusia menjadi maju.
2. Membangun keluarga dan menghapuskan kemiskinan.
3. Membangun masyarakat dalam semua bidang.
4. Menjadikan umat Islam merdeka dan tidak bergantung kepada orang lain.
5. Menjadikan umat Islam disegani dan di hormati.
6. Membolehkan segala usaha dan jihad dalam semua lapangan kehidupan dilakukan
dengan jayanya.
7. Membolehkan umat Islam menyahut apa jua cabaran masa kini dan masa akan datang.

                                                       
“Marilah kita sama-sama menganalisakan nota-nota ini:
Pertama sekali Jihad Fi sabillilah bukanlah peperangan yang biasa,
tetapi sesuatu yang dilakukan dengan niat yang khas dan untuk
suatu sebab yang tertentu. Jihad bermakna berjuang pada jalan
Allah, mempertahankan agama-Nya dan menghadapi musuhmusuhNya,
bukan hamba-Nya.
Apabila Rasulullah saw ditanya oleh seorang lelaki yang bertempur
dengan matlamat membalas dendam saudaranya, serta seorang lagi
lelaki yang bertempur hanya untuk disanjungi ramai (dianggap
berani). Pemuda yang ketiga bertempur hanya untuk
mengumpulkan kekayaan; yang mana satukah di antara mereka akan
menerima ganjaran Allah swt? Maka Rasulullah saw menjawab,
“Yang bertempur untuk “meninggikan” kalimat Allah
(mentauhidkan Allah), dianggap sebagai seorang yang berjuang
pada jalan Allah.”
Berdasarkan apa yang telah disebut, kita sebagai orang Islam tidak
harus terlalu mementingkan hal duniawi; perbuatan yang kita
lakukan haruslah semata-mata kerana Allah swt. Kita harus melalui
beberapa peningkatan disiplin kerohanian melalui pendidikan Islam
dapat membersihkan agama Allah swt dan sebagai ganjaran, Allah
swt akan membersihkan kita untuk agama-Nya.
Kedua, adalah ganjaran duniawi atau pun keuntungan, di mana
seorang Mujahid memperolehi kemenangan dan kebolehan untuk
berjaya dalam kehidupan. Penganut–penganut yang alim akan
mendapat manfaat daripada ganjaran duniawi ini; mereka berhak
mendapatkannya dalam perjuangan mereka di jalan Allah swt, tanpa
menghiraukan segala kehilangan yang mungkin dihadapi. Ganjaran
yang diterima mereka amat lumayan sekali. Golongan yang sebegini
telah disebutkan Allah di dalam Al-Qur’an:
َالَّذِين أُخِْرجُوا مِنْ دِيَا ِ رهِمْ ِبغَيِْر حَقٍّ ِإلاَّ َأ ْ ن يَُقوُلوا رَبُّنَا
اللهُ وََلوْ َ لا دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ ِببَعْ ٍ ض َلهُدِّمَتْ صَوَامِعُ
وَِبيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَا ِ جدُ يُذْ َ كرُ فِيهَا اسْمُ اللهِ َ كثِِيرًا
وََليَنْصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ِإنَّ اللهَ َلَق ِ ويٌّ عَزِيزٌ. َالَّذِينَ ِإن
مَّكَّنَّاهُمْ ِ فى ْالأَرْ ِ ض َأَقامُوا الصَّلَوَة وَءَاتَوُا الزَّكَوَة وََأمَرُوا
ِبالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَ ِ ن الْمُنْ َ كِر وَِللهِ عَاقِبَةُ ْالأُمُو ِ ر.
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak
berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) sematamata
kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah
Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan
setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan
serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang
(kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa
disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya
Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama
Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu
mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
Dalam ayat yang telah disebutkan di atas, dapat difahami
bahawa Allah swt mendorong kita untuk menentang
pencerobohan dan mempertahankan peraturan yang telah
diatur oleh para nabi yang diutuskan sebelum Nabi
Muhammad saw.
Dalam ayat yang lain, Allah swt melarang kebinasaan
sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang
berbunyi :
وَ َ لا تُلُْقوا ِبَأيْدِي ُ كمْ ِإ َ لى التَّهْلُ َ كةِ وََأحْسِنُوا ِإنَّ اللهَ َ لا يُحِبُّ
الْمُحْسِِنينَ.
Dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan
berbuat dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai
mereka yang berbuat baik.

وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْ ُ كمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
َليَسْتَخْلَِفنَّهُمْ ِ فى ْالأَرْ ِ ض َ كمَا اسْتَخَْلفَ الَّذِينَ مِنْ َقبْلِ ِ همْ
وََليُمَكِّنَنَّ َلهُمْ دِينَهُمُ الَّذِى ارْتَضَى َلهُمْ وََليُبَدَِّلنَّهُمْ مِنْ
بَعْدِ خَوْفِ ِ همْ َأمْنًا يَعْبُدُونَِنى َ لا يُشْرِ ُ كو َ ن ِ بى شَيًْئا وَمَنْ
َ كَفرَ بَعْدَ َذلِكَ فَُأوَلئِكَ هُمُ الَْفاسُِقو َ ن
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan
menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orangorang
yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan
Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama
Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan
menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami
ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan
(ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka
itulah orang-orang yang derhaka.”16
Ketiga, Allah swt tidak akan memberi kekuasaan kepada seseorang
itu kecuali dia telah mengalami pelbagai kesengsaraan, rintangan
dan kesusahan. Allah swt berbuat demikian untuk menguji
keikhlasan mereka dan untuk membezakan antara yang baik dan
yang jahat.

Ini merupakan ujian yang dilalui oleh seseorang; dan dengan
menjalani ujian ini, ia dapat mengeratkan lagi perhubungan itu
dengan Allah swt. Ini merupakan suatu pelajaran di mana setiap
rasul harus pelajari dan ia juga adalah suatu pelajaran bagi mereka
yang berjuang setiap zaman.
Imam As-Syafie pernah ditanya tentang manakah yang lebih baik
antara kesengsaraan dan kejayaan; Dia menjawab: Bolehkah
kejayaan itu dikecapi tanpa kesengsaraan? Allah swt telah menguji
Nabi Yusuf a.s. kemudian menyelamatkannya daripada
kesengsaraannya; Allah swt juga telah mengangkat kedudukannya
dan menepati janjiannya. Sebagaimana yang diterangkan:-
وَ َ ك َ ذلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ ِ فى ْالأَرْ ِ ض يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ
نُصِيبُ ِبرَحْمَتِنَا مَنْ نَشَاءُ وَ َ لا نُضِيعُ َأجْرَ الْمُحْسِِنينَ.
“Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf
memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di
mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada
sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan
balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Kejayaan serta ganjaran dunia yang dicapai tanpa keringat tidak akan
berkekalan. Tetapi, perjuangan yang ditempuhi dengan penuh keteguhan oleh
hamba-hamba Allah swt dengan penderitaan, kesedihan dan kesabaran yang
mereka lalui akan menyelamatkan mereka daripada kebimbangan mereka dan
diakhiri dengan kemenangan. Wallahu a’lam”
• Menyebarkan Salam (Damai )
Perjuangan seorang mujahid ialah menampilkan rasa damai dan
sentosa (sakinah) dan muhibah yang merupakan matlamat al-Quran.
Ini dilakukan secara berdakwah iaitu mengajak orang kepada Islam
dengan cara bijaksana dan dialog terbuka.
َِ و َ لا تَسُوُّا الَّذِينَ يَدْعُو َ ن مِنْ دُون اللهِ َفيَسُبُّوا اللهَ عَدْوًا ِبغَيِْر عِلْ ٍ م
َ ك َ ذلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمََلهُمْ ُثمَّ ِإ َ لى رَِّب ِ همْ مَرْ ِ جعُهُمْ َفيُنَِّبُئهُمْ ِبمَا
َ كانُوا يَعْمَُلو َ ن.
”Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang
mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki
Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.

Al-Quran

Posted by fariz tiger at 6:08 PM 1 comments
Assalamualaikum warahmatullah alaih..


Sejak bebereapa bulan yang lalu sedang saya mencari2 ayat2 al quran di aplikasi facebook tiba2 aplikasi tersebut telah di removekan oleh pihak facebook sendiri, mungkin atas beberapa alasan, tapi dengan peristiwa tersebut terdetik hati saya untuk menyusun sendiri beberapa ayat2 Al-Quran dalam bentuk coding HTML supaya senang untuk dijadikan panduan, hari makin hari makin banyaklah saya mengumpulnya tanpa sedar separuh dari ayat2 Al-Quran itu saya kumpul bersama dengan tafsirnya yang saya rujuk dari kitab tafsir sebenar, dari itu muncul idea untuk berkongsi beramai2 bersama saudara2 MGB atau saudara seislam yang memahami bahasa melayu, setelah 5 bulan berlalu, bulan lepas sudah sempurnalah sebuah software yang di beri nama QURAN.EXE, ianya bagi panduan kepada pengguna untuk mencari ayat2 tertentu dan bermacam2 lagi kegunaan, di sini saya akan share dengan pembaca software tersebut,


Tetapi penggunaan tafsir mempunyai tertibnya juga, kerana kita tidak boleh membabi buta menafsir sesuatu ayat itu, dari itu mari kita mengenal beberapa jenis ayat yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri,




Sesungguhnya ayat-ayat Quran dua macam, pertamanya ayat-ayat yang muhkamat dan yang keduanya ayat-ayat yang mutasyabihat. Maka makna ayat-ayat muhkamat itu yakni makna-makna ayat itu terang lagi nyata, kukuh ibaratnya daripada boleh tanggungtakwil dan kesamaran, kerana terang dan nyata maknanya. Misalnya firman Allah ertinya: kata olehmu ya Muhammad, mari sekelian kamu, aku bacakan barang yang diharamkan oleh Tuhan kamu, maka firman Tuhan ini terang dan nyata maknanya tiada berhajat kepada takwil dan tafsir.


Adapun, ayat-ayat mutasyabihat yakni mempunyai kesamaran pada yang mendengarnya, kerana lafaznya serupa lafaz lainnya pada hal maknaya ada berlainan. Yakni tidak dapat faham maknanya. Seperti firman Allah Taala; الم; yakni tidak dapat faham dengan mudah-mudah, bahkan mendapatkan fahamnya dengan membanyakkan perhati dan تأمل, semacam mana ulamak mazhab khalaf. Maka mereka itu ditakwilnya akan ayat-ayat mutasyabihat itu akan sebagai takwil yang sohih. Misalnya seperti firman Allah Taala: الرحمان على العرش استوى . Bermula Tuhan yang maha murah itu di atas 'arshnya memerintah. Maka lafaz istiwa boleh beberapa makna. Boleh bermakna duduk, dan boleh makna memerintah. Maka jikalau ditaruh makna duduk maka tidak faham kerana firman Allah dengan ayat muhkamat ليس كمثله شيئ bererti: tiada seumpamanya sesuatu, maka jikalau ditaruh makna duduk sudahlah ia serupa dengan kita. Panjang lagi bicara keterangan ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat itu bolehlah dilihat di dalam tafsir-tafsir yang panjang, seperti Nasafi, Baidhawi dan lainnya.

sekian, 

LINK ke DOWNLOAD AREA> Download software Quran Disini
 

Majlis Gabungan Bersatu Malaysia Copyright 2011 MG Bersatu Designed by Fariz Tiger Image by Afat's Notez Distributed by A*F*T