Sunday, May 1, 2011

Cara yang betul sebelum dan selepas menjadi ahli bai'ah.

Posted by Unknown at 11:04 AM
Pertama, jika anda mahu menjadi ahli ba'ah yang benar hala tujunya, carilah ranting-ranting yang aktif pergerakannya. Aktif dari segi aktiviti yang bermaanfaat. Ini kerana banyak ranting kawasan yang sudah tidur. Jika aktif pun, mereka menjalankan aktiviti yang tidak berfaedah. Sebaik-baiknya ranting kawasan yang aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Anda boleh memilih dan mencari. Tetapi perlu di ingat jangan terlalu gopoh untuk menjadi ahli. Kerana kesilapan pergaualan ranting kawasan akan membawa padah.

Tidak kira apa lambang ranting kawasan itu, jika mereka perjuangkan al-quran dan sunnah itulah ranting yang betul. Ramai yang menjadikan isu tentang lambang dan kod. Lambang dan kod ini sebenarnya pengenalan bagi ranting kawasan. Sebagai contoh, dalam satu keluarga, pasti berbeza pengenalan individunya. Jangan di jadikan isu tentang kod dan lambang.

Selepas sudah dikenal pasti, berkawan dan bergaullah dengan mereka. Kemudian nyatakan hasrat di hati untuk menjadi ahli.

Pemilihan abang long perlu diteliti. Pastikan rukun islam dipegang erat oleh seseorang abang long itu. Ajak abang long itu bersolat jemaah dan diimamkan oleh abang long itu sendiri. Jika lepas semua itu, bermusafirlah dengan abang long itu selama 7 hari. Cuba lihat keperibadian dia. Adakah betul amar ma'ruf nahi mungkar itu dilaksanakan. Jika ia maka itu pilihan yang tepat.

Selepas anda rasa segala ciri-ciri yang dinyatakan dapat dicari maka bolehlah anda menyatakan hasrat untuk bersama beliau menjadi ahli di bawah naungan beliau.

Sebelum ke majlis ba'ah, perlu lakukan qiamualial selama 3 hari. Perkara ini boleh dilakukan sendiri atau secara berjemaah.Kemudian malam terakhir, lakukan solat istikharah. Mohon pinta petunjuk supaya apa yang dilakukan ini adalah mengikut lunas-lunas islam. Selepas solat istikharah.

Kita perlu bersumpah dengan diri sendiri dengan bersaksikan kitab suci al-quran serta menyebut "aku bersumpah akan melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya, jika ku ingkar maka laknat dan bala Allah s.w.t akan menimpa ke atas diriku, Wallahi, Wabillahi, Watallahi." Ulanginya sebanyak tiga kali.

Ketika majlis baiah, kita juga boleh memilih ayahanda yang membai'ah kita. Mohon pada ayahanda itu untuk bersolat jemaah dan diimamkan oleh beliau sendiri. Jika segalanya selesai bolehlah di bai'ah. Sebelum proses bai'ah anda boleh bertanyakan segala hala tuju perjuangan. Jika didapati hala tuju dan perjuangan itu dilihat lari dari akidah, batalkan saja niat itu.Selepas majlis ba'ah, keesokan harinya perlu dilakukan puasa kifarah selama 3 hari sahaja.

Proses yang diterangkan adalah bertujuan memastikan kita berada di landasan yang betul. Perjuangan ahli ba'ah bukanlah satu permainan. Ia adalah perjanjian dengan Allah. Ianya perlu di jaga dengan rapi umpama kita menjaga iman kita. Saidina Umar al-khattab pernah berkata, menjaga iman adalah seperti berjalan di padang yang sangat dipenuhi duri yang tajam. Jika kita tidak berhati-hati maka sakitlah kita.

Inilah proses ba'ah yang perlu di amalkan bagi mereka yang mahu bersama di dalam perjuangan ahli ba'ah. Ramai yang kata pekida kalau ikut betul-betul kena duduk surau saja. Memang betul, Pekida bukan persatuan gangster. Ini warisan dari pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu.Pejuang dahulu sudah menjalankan tanggung jawab dengan memerdekakan tanah melayu. Kita sebagai waris di amanahkan oleh mereka untuk menjaga kemerdekaan yang telah mereka pejuangkan.

Kepada semua ahli-ahli yang terasa perjalanan perjuangan mereka selama ini silap, perlulah puasa kifarah 3 hari. Dan melakukan solat taubat serta berjanji tidak mengulanginya lagi. Kita perlu lakukan ini semua ini. Jika kita gagal maka jangan lah menjadi ahli ba'ah.

Satu perjuangan satu wadah. Islam menjadi pegangan utama dan tidak boleh sekali-kali boleh diketepikan. Kami membantah serta mngutuk mereka ahli bai'ah yang masih tidak mahu-mahu kembali kepda wadah perjuangan sebenar. Kami menyeru badan bertindak menjalankan tugas yang telah dimanahkan.

Peranan badan bertidak 13 sangat penting. Ini adalah bagi memastikan ahli-ahli bai'ah sentiasa patuh setia pada perjuangan. Kami menegaskan perjuangan ahli ba'ah berpaksikan Al-quran dan sunnah. Jika ada pimpinan iaitu ayahanda abang-abang long yang menyeleweng paksi ini maka tunggu dan nantikan laknat dan bala dari Allah s.w.t.

Kepada anda yang mahu bersama ahli ba'ah sebenar, lakukanlah apa yang kami sampaikan. Kami doakan anda berjaya maanfaatkan perjuangan ini dan segala amalan di boleh dibawa ke akhirat sebagai amalan yang baik.

Sesungguhnya kami juga insan yang lemah, jika ada penulisan kami ini tersilap, kami pohon di perbetulkan. Tegur menegur ke arah kebaikan adalah amalan mulia. Kami doakan juga imej dan maruah pekida dapat kembali di zaman kegemilangan.

0 comments on "Cara yang betul sebelum dan selepas menjadi ahli bai'ah."

Post a Comment

 

Majlis Gabungan Bersatu Malaysia Copyright 2011 MG Bersatu Designed by Fariz Tiger Image by Afat's Notez Distributed by A*F*T