Sunday, May 1, 2011

Kafir Bridget

Posted by Unknown at 11:03 AM
dengan nama Allah yang maha mulia saya mulakan penulisan ini, yang pada mulanya saya ingin menulis di blog saya namun apakan  daya line internet lembab, hehe.. kita mulakan dengan hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada seorang Nabipun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnva tentang penipu yang buta sebelah matanva. Ketahuilah bahawa Dajal itu bula .sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanva (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir). Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5219

Kebanyakan hadis, ialah mengenai siapa itu Dajjal, dan petanda-petanda kedatangan Dajjal. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kebanyakan tanda-tanda yang disebutkan oleh Rasulullah saw sebelum kedatangan Dajjal, sudah pun terjadi pada hari ini. Dalam meneliti hadis-hadis baginda mengenai Dajjal, ramai ulama yang berselisihan pendapat mengenai turunnya Dajjal. Ada yang mengatakan, bahawa Dajjal itu hanyalah satu simbol kepada segolongan manusia atau bangsa yang suka melakukan kerosakkan, serta ingkar terhadap perintah Allah, dan ia bukanlah individu. Ada juga yang berpendapat, bahawa Dajjal itu ialah seorang individu yang bakal menjadi fitnah besar kepada manusia, dalam usahanya memesongkan akidah bertuhankan Allah, kepada menyembah Dajjal itu sendiri. Namun kebanyakkan ulama ahlul sunnah wal jamaah, berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu adalah seorang manusia. 

Hari ini, dalam kecanggihan dunia teknologi, telah bertaburan beberapa dokumentari yang memaparkan tentang waktu turunnya Dajjal. Apa yang lebih menarik,dokumentari yang tersebar melalui blog dan laman sosial Youtube mengaitkan peranan sesetengah kumpulan elit yang terdiri daripada pemimpin dan juga jutawan Amerika Syarikat. yang didakwa mereka sebagai tentera Dajjal, dan kini sedang membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Messiah atau penyelamat mereka iaitu Dajjal. 

Salah satu klip yang menerangkan bahawa kedatangan Dajjal kini sudah hampir tiba, bertajuk The Arrival. Dokumentari pendek, lebih kurang 10 minit setiap satu siri, adalah dokumentari bersiri sebanyak 50 episod. Dokumentari yang dihasilkan oleh Noreagaaa dan Achernahr telah memaparkan bahawa di zaman teknologi ini, Dajjal telah membuat persiapan untuk muncul dikhalayak ramai. Maka, perancangan Dajjal itu telah dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya, yang terdiri di kalangan pemimpin AS dan juga Britain. 


Brigade Kfir 

Dalam hal ini, dokumentari tersebut secara langsung telah mengaitkan Freemason, Iluminati, Bohemian Club, Skull & Bones dan beberapa pertubuhan lain, yang dianggotai oleh kebanyakkan pemimpin ternama di dunia. Dakwaan mereka, ada pemimpin dalam pertubuhan tersebut adalah diantara tentera-tentera Dajjal yang sedang bekerja keras menyiapkan fasa terakhir untuk Dajjal mengisytiharkan dirinya di khalayak ramai. Dalam sejarah pembetukkan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, Freemason amat berpengaruh dalam hal tersebut, apabila Presiden pertama Amerika Syarikat, George Washington merupakan salah seorang ahli pertubuhan tersebut. Bahkan, ada dakwaan yang mengatakan kitab Bible yang digunakan ketika upacara mengangkat sumpah Presiden AS juga dikatakan dipenuhi dengan lambang freemason iaitu gabungan sesiku dan geometri. 

Gerakan Freemason juga dikatakan, bukan sahaja berkuasa dalam mencatur politik di AS, malah mereka jugalah tangan-tangan yang mencaturkan politik dunia. Hasil dari gerakan merekalah dikatakan munculnya fahaman-fahaman anti agama, facis atau komunis yang dibawa oleh beberapa pemimpin seperti Lenin, Karl Marx, yang juga anggota pertubuhan tersebut. Malah lebih teruk dari itu, golongan ini jugalah dikatakan sebagai pembuat konspirasi sehingga tercetusnya perang dunia pertama dan kedua, dan kini sedang dalam perancangan untuk mencetuskan peperangan dunia ketiga yang tidak dapat dinafikan lagi, ia akan melibatkan dunia Islam, jika berdasarkan slogan konspirasi War On Terrorism, ketika zaman pemerintahan Presiden Bush. 

 

Selain itu, dokumentari ini juga mendakwa, bahawa lambang pengenalan bagi pengikut Dajjal ialah logo mata satu atau dikenali sebagai The Seeing Eye. Lambang atau logo The Seeing Eye ini secara jelas boleh kita lihat ada tertera di dalam duit AS Dollar, dan begitu juga syarikat-syarikat yang dipunyai kebanyakannya oleh orang Yahudi, dikatakan turut mempunyai logo The Seeing Eye yang sama, tapi berlainan reka bentuknya. 

Menurut dokumentari itu lagi, Dajjal kini sedang dalam persedian untuk melaksanakan fasa kedua terakhir sebelum kemunculannya. Dikatakan, sewaktu kemunculan Dajjal kelak. kuasa pemerintahan di AS akan beralih arah dan berpusat di Israel. Di situlah, Dajjal bersama tentera-tenteranya, akan memerintah dunia sehinggalah turunnya Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi. Inilah yang dikatakan sebagai The New World Order atau NWO. Masyarakat dunia, pastinya mengetahui pemimpin dari manakah yang sering melaung-laungkan ungkapan The New World Order, kalau tidak bukan pemimpin dari AS.Melalui media massa, seluruh dunia dapat mendengar dan melihat beberapa generasi Presiden AS yang semakin lantang mendendangkan bahawa akan wujudnya pemerintahan Order Baru tidak lama lagi yang bakal mencatur perjalanan politik dunia. 

Secara kesimpulannya, dokumentari ini merumuskan bahawa, segolongan mereka yang berfahaman zionis sebenarnya merupakan perancang utama segala agenda persiapan bagi kemunculan Dajjal. Mereka yang menggunakan jarum yang halus melalui pertubuhan sosial, telah berjaya memanipulasikan pemikiran ahli-ahli pertubuhan yang terlibat untuk mengikut agenda dan kemahuan mereka. Secara diam-diam, perancangan kumpulan Zionis yang dipercayai sebagai free-thinker itu hari ini, secara halus telah berjaya mempengaruhi pemikiran manusia, tidak kira seseorang itu terdiri dari umat Islam, Kristian dan juga Yahudi, bagi menyokong segala agenda mereka. 

Di camping itu, mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa Israel kini mempunyai satu briged tentera yang bergelar briged Kfir. Perkataan Kfir ini jelas berbunyi seperti Kafir, iaitu perkataan yang ditujukan kepada golongan yang ingkar terhadap Allah didalam Islam. 

Brigad Kfir ini adalah batalian ke 900 di dalam tentera Israel. Brigade ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1990, iaitu 10 tahun sebelum kedatangan tahun 2000, yang dianggap sebagai The New Millineum. Bagi mendapat maklumat seterusnya, anda boleh rujuk di lamanhttp://en.wikipcdia.org/wiki/Kfir_Brigade. Apakah brigade Kfir ini adalah salah satu lambang persiapan bagi Israel untuk menyambut turunnya penyelamat mereka iaitu Dajjal? Apakah kebetulan yang berlaku, baik dari sudut logo The Seeing Eye sehinggalah percaturan politik dunia sehingga ke hari ini, adalah satu kebetulan semata-mata, ataupun ia sebenarnya adalah hasil perancangan golongan yang mempunyai agenda dan niat jahat yang tertentu? 

0 comments on "Kafir Bridget"

Post a Comment

 

Majlis Gabungan Bersatu Malaysia Copyright 2011 MG Bersatu Designed by Fariz Tiger Image by Afat's Notez Distributed by A*F*T